APA KOLAGEN! BINATANG APAKAH ITU?
Kolagen bukanlah binatang tetapi dia adalah merupakan protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata. kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, dan gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfa.
Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari lima jenis kolagen :
Kolagen pertama: Kolagen ini ditemui terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi.
Kolagen kedua: Ia ditemui di tulang rawan iaitu komponen utama tulang rawan dan ia juga berada di sekitar mata.
Kolagen ketiga: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tisu lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum,arteri,kulit, usus dan rahim.
Kolagen keempat: membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
Kolagen lima: permukaan sel, rambut dan uri.
![]() |
100% KOLAGEN ASLI RUMPAI LAUT (KOLAGEN SAMUDERA) |
FUNGSI KOLAGEN
Menghasilkan asid amino penting seperti :
lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
- Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit.
- Memelihara kelembapan kulit dan menyokong baik pulih tisu dari kecederaan otot dan tulang.
- Menguatkan otot dan tulang serta membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin).
- Memelihara kelenturan sendi mengurangkan keradangan (inflammation).
- Memberi tenaga dan membantu pola tidur.
- Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf.
KESAN KEKURANGAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada.
.jpg)
TANDA-TANDA PENUAAN
- Kulit tak bermaya dan kelihatan kusam.
- Seri berunsur hilang.
- Kulit beransur kedut dan ketidak anjalan kulit mula terasa.
- Sakit badan dan sendi.
- Mudah lupa dan penglihatan kurang jelas.
- Rambut gugur.
ARTIKEL LAIN MENGENAI KOLAGEN:
0 comments:
Post a Comment
Sekiranya ada sebarang pertanyaan. Letakkan soalan anda di sini.